Baca Melayu sokong liberalisasi
Kalau sedar, mana semangat mana pengat, mana makro mana koro, baguslah.
KUALA LUMPUR 3 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata para pemimpin Barisan Nasional yang termasuk pemimpin utama Umno serta Melayu menyokong pelbagai langkah liberalisasi yang diumumkannya sejak mengambil alih sebagai Perdana Menteri pada 3 April tahun ini.
Tapi yang musykil ini, tanya kepada pemimpin saja. Kepada rakyat jelata sudah bertanya ke? Betul-betul faham ka apa yang depa kat kampung-kampung tu mau?
"Saya telah berunding dengan para pemimpin utama dan mereka mempercayai kini adalah masanya kami melakukan perubahan, penyemakan semula dan bergerak ke hadapan. Saya rasa rakyat menyedari perkara itu," kata Najib semasa ditanya sama ada partinya menyokong kesemua langkah yang dilaksanakannya.
Baru-baru ini kata sekarang adalah zaman kerajaan tak tau semua, zaman rakyat jelata yang lebih arif. Kalau macam tu, tanya kepada pemimpin sahaja tak aci lah kot. Kena la tanya yang bukan pemimpin juga. Main "rasa-rasa" sahaja tak cukup. Bukan apa, macam-macam boleh dijadikan isu. Yang anti-nasionalisme pun boleh jadi sebaliknya, yang liberal pun boleh tukar jadi konservatif ..demi undi.
Apa pun kenalah ingat, perlembagaan belum dipinda, masih yang sama.
Tambahan (Off Topic)
Sebelum mahu liberalisasi sana-sini banyak-banyak lagi, cuba-cuba jengok masalah-masalah rakyat sebagaimana diutarakan di dalam blog Luah Fikiran ini, boleh dibaca di sini. Blogger kudakepang juga ada menulis mengenainya di sini.


